Thursday, 3 January 2019

PERMULAAN KISAH KITA_BAB 6




Pagi yang sibuk.. berkejar ke satu meeting ke satu meeting betul-betul membuat aku keletihan. Projek cafe baru da bermula. banyak benda yang aku kene kejarkan. Dateline aku tetapkan supaya semua kerja yang aku arahkan berjalan mengikut jadual. Pembukaan cafe baru lagi 3 bulan tapi aku masih belum mengetahui resepi yang ini aku toncolkan untuk cafe kali ini. Makanan melayu sudah, makan cina muslim sudah, makanan barat sudah, makanan negara asia pon sudah. Jadi aku binggung untuk cafe kali ini. Puas aku fikir... Semua cadangan aku rasakan tidak sesuai. Habis semua cadangan staf aku tolak sebab tak ngam dengan yang ada ini. Aku giveup total. tak tahu nak fikir apa dah.. 

"Kita tangguhkan dahulu meeting ini sampai satu masa yang akan beritahu kelak.." kata aku memecahkan sunyi bilik meeting apabila masing-masing mati cadangan. Aku ambil keputusan untuk berjumpa dengan kak maisara a.k.a kakak susuan aku yang aku sayang sangat. Mak kak maisara ini bekas pembantu rumah arwah mama. Waktu Arwah mama lahirkan aku susu yang ada dalam badan mama tak cukup tapi nak beri susu botol terlalu awal jadi arwah mama minta jasa baik mak kak maisara untuk susukan aku sampailah aku 2 tahun. Lagipun pada masa itu Mak kak maisara baru lepas kehilangan anaknya.. adik kak maisarah. sebab itu la mak maisara aku panggil mak dan mama aku panggil mama.. tapi papa tak suka dengan situasi aku mempunyai keluarga susuan. sewaktu mama menyerahkan aku pada mak, papa menbantah sekerasnya dan apabila mama meninggal dunia dan kahwin lain, papa arahkan aku memanggil isteri barunya, mummy dan percayalah sesungguhnya aku tak akan terima sesiapa yang kahwin dengan papa.. 

_________

Pada waktu kecilku aku ditadahkan dengan segala peragai buruk papa.. walaupun papa tak pernah naik tangan pada aku dan arwah mama tapi hati kami ditikam-tikam tiada perasaan. 10 tahun aku duduk dengan mak atas pemintaan arwah mama.. tapi tak pernah sekali pon papa datang melawat. aku tertanya-tanya kenapa arwah mama tak membenarkan aku stay dengannya dirumah papa. tapi aku terlalu muda untuk memahami semua itu. pada usia aku 13 tahun, aku dibawa pulang kerumah banglo papa kerana aku kene sekolah menengah di sekolah pilihan papa. Itu perjanjian yang mama dan papa ikat waktu hantar aku kerumah mak pada usia aku 3 tahun. Selama 10 tahun aku membesar menjadi lelaki yang paling bahagia. Hidup aku waktu itu tersangat bahagia sampai aku lupa tiada yang kekal dalam dunia kita ini. Jujur aku kata bila mama mengatakan aku harus pulang ke rumah banglo papa, aku kecewa sangat-sangat. tapi pada masa itu aku tiada pilihan lain.  

Mama tinggalkan aku pada usia aku 18 tahun.. arwah mama ada membelikan aku kondo dan kereta untuk aku.Selain itu, mama juga menyediakan wang simpanan untuk aku. terkedu bila aku dapat tahu semua itu. Selepas seminggu mama meninggal, papa membawa balik seorang perempuan. pakaiannya sangat menjolok mata, terkedu aku.

"What is this papa?" Tanya aku. Aku seorang yang agak panas. aku paling pantang apabila hak aku dipermainakan.
"This is my wife. your new mummy" kata papa dengan selamba. Ada nada bangga dan riak.
"she will stay here so please.." papa memberi amaran pada aku kerana papa sendiri tahu perangai panas aku.
"NO.. NEVER!!" kata aku dengan nada agak tinggi.. "Ya Allah papa! Mama baru pergi tak sampai seminggu, papa da bawak betina entah mana-mana.. kubur mama tu merah lagi papa.. cuba papa hormat sikit mama boleh tak.." Angin aku da jadi taufan.. Kedingginan da terasa dalam rumah walaupun aircond tak dipasang.
"Betina!! Jaga mulut kamu lokman!! jangan kurang ajar ye.. Miera ni mummy kamu tau.. Takkan kamu nk papa menangis sebab mama kamu yang bodoh tu.. tak laaaa.. "Kata papa dengan nada sindiran.
"Hah.. Sampai hati papakan.. waktu hidup mama, papa hancurkan hati dia... sekarang papa hina mama.. Papa sedar tak waktu papa susah dulu siapa yang kutip papa.. kalau bukan kerana arwah nenda, tak mungkin papa jadi macam sekarang.. kalau bukan nenda yang punggut..." PANGG! bunyi tangan papa naik kepipi aku. . aku tak sempat habiskan kata-kata. mata papa menunjukkan papa sangat marah sekarang.
"Hah.. Terima Kasih kerana sedarkan lokman. Percaya lah kalau boleh lokman tukar papa lokman, dah lama lokman lakukan tu.. Lokman duduk sini sebab mama sahaja..ingat Lokman hadap sangat duduk sini. Apa guna ada harta.. ada duit.. ada kuasa tapi tak pernah bersyukur.." sambung aku. aku dah mati perasaan masa itu. aku kecewa yang teramat sangat. sampai aku tak mampu nak menangis pon. 
"kalau Lokman tak hadap nak duduk sini.. silakan keluar! tapi ingat Aidil Lokman Iskandar, setapak Lokman keluar dari rumah ini.. jangan pernah datang sini semula.. Mak Jah akan pecat dan jangan harap sesen pon duit dari papa.."Ugut papa. Perempuan yang papa kata isterinya tersenyum puas. Mak jah terkedu apabila namanya juga digunakan. Mak Jah kerja dengan mama, selama ini mak jah yang jaga makan minum mama.. mak jah menganti Mak selepas Mak berhenti kerja. aku pergi jumpa mak jah. ada air dikelopak matanya.. 
"Mak Jah, Maafkan lokman.. lokman terpaksa keluar dari sini. Cukuplah mama sahaja yang dipenjara dalam rumah ini. Lokman tak sekuat mama..tapi lepas papa pecat mak jah, mak jah call lokman.. mak jah jangan risau yea.."Kata aku pada mak jah dengan nada yang sangat pelahan. sebolehnya aku taknak siapa-siapa dengar. selepas aku habis bercakap dengan mak jah, aku naik kebilik dan aku ambil beg bagasi aku. 
"Kalau papa nak berhentikan mak jah.. silakan.. tak ada siapa nak larang.. Papa ingat Lokman ni mama.. Papa ingat ini.. Lelaki dihadapan papa ini.. Aidil Lokman Iskandar dah tak ada kene mengena dengan semua yang papa kejarkan.. kalau mama mungkin dia bertahan kerana dia sayang papa tapi percaya lah hanya mama sahaja yang ikhlas cintakan papa kerna apa? Lokman tak pernah sayangkan papa pon selamanya. Lokman duduk sini atas permintaan mama.. Lokman disini kerna mama bukan papa.."Kata aku.. Aku pandang papa.. ada riak terkejut dengan kata-kata aku. 
"Kenapa muka papa macam tu..? Papa tak pernah tunjuk yang papa sayang Lokman.. Papa tak pernah wujud dalam kenangan Lokman.. jadi kenapa Lokman kena sayang n terima papa dalam diri Lokman.. Jujur papa tak penting pon.. Dah la.. Panas rumah nie.. Rumah penuh maksiat.." Aku berlalu pergi.. apa yang aku katakan hanya dimulut tapi dihatinya.. Mama pernah cakap pada aku, Sejahat manapun papa, jangan pernah tanam rasa benci pada papa.. nanti aku yang menyesal tapi aku tak sekuat mama.. "Mak Jah, keluar dari rumah saya sekarang!! Jangan pernah muncul lagi!!" aku dengar sekuatnya papa menjerit. papa sangat marah sekarang. egonya dicabar. 

_____

Mataku kembali fokus pada pemanduan aku. Aku rindukan mama dan mak.. Selepas mak meninggal dunia, aku hanya ada kak maisara. Selepas selesai parkkan kereta aku dipark hospital, aku bergegas ke bilik kak maisara. Waktu aku nak ke bilik kak maisara, aku dipanggil oleh jururawat yang ada dikaunter hadapan.
"En.Loq, Dr. Maisara masih dalam bilik pembedahan. kalau nak jumpa dr. kene tunggu diruang menunggu depan ruang perbedahan."Kata jururawat dengan senyuman yang mesra.
"Owh,, ye ke.. lama lagi ke?" Tanya aku kepada jururawat tersebut..
"Saya tak sure la plak.. "jawab jururawat tersebut. Aku mengangguk dan berlalu pergi.

Di ruang menunggu hadapan bilik perbedahan, aku ternampak seseorang yang aku kenali.
"Aila, perempuan yang aku langgar beberapa minggu lepas.. tapi dia pakai baju hospital. Kata doktor dekat klinik tiada yang serius tapi kenapa dia pakai baju hospital? kenapa ade air? Patutlah aku call tak dapat.. rupanya masuk hospital. hurm.. eh.. itu kak maisara.. nampak mesra.." kata aku dalam hati.  Aku ingin mendekati mereka tapi kaki aku kaku.. akhirnya aku menjerit nama kak maisara..


Bersambung..

No comments: