Wednesday, 16 January 2019

PERMULAAN KISAH KITA_BAB 9


Aila menyiapkan laporan untuk mesyuarat akan datang.. Kepalanya bergerak aktif memikirkan segala yang perlu dia tahu untuk cafe yang akan dibuka nanti. Sedang dia sibuk membuat laporan untuk kajiannya, pintu biliknya diketuk..
"Masuk.." kata Aila.. Mich membuka pintu dan ditangannya terdapat bekas makanan.. matanya memandang jam dihadapannya. tepat jam 1 tengahhari. Aila mengeluh sedikit.. Air yang Mich buatkan pagi tadi hanya diminum seteguk.. Sesunggunya dia seorang yang 'Working Holic'..
"Ini ada nasi dengan air limau ais.. Cik Aila kata tak keluar makan jadi saya tapaukan untuk Cik.." kata Mich.. Senyuman terpancar diwajah Mich.. Manis Mich ni.. Wajahnya pure melayu.. tapi namanya Mich..
"Awak dah makan ke?" tanya Aila kepada mich..
"Saya punya makanan ada dimeja saya.. saya akan makan di pantri.." jawab Mich... 
"Tak payah makan dekat pantri.. makan dengan saya dekat sini.. letak atas meja sana.. alas dengan surat khabar.." kata Aila.. Makan seorang diri, bukan Aila la jawabnya..
"Tapi Cik Aila.. " belum sempat Mich membantah arahan Aila, Aila terlebih dahulu memulakan langkahnya.. Melihat Aila mengambil surat khabar lama membuat Mich bergerak laju. Mich keluar mengambil makanannya dan masuk ke bilik Aila.. 
Aila dan Mich makan makanan dengan gelak tawa.. Banyak persoalan yang ditanya Aila dan dijawab oleh Mich.. sedang mereka makan.. tiba-tiba pintu diketuk..
"Assalamualaikum.." kata Loq.. Niatnya turun ke bilik Aila untuk ajak Aila keluar lunch tapi niatnya dicantas Mich.. Aila tersenyum melihat Loq.. sementara Mich terkejut apabila big bossnya ada didepan mata dan plak ketika itu dia sedang makan dibilik Aila..
"Waalaikumsalam.. Oh. Loq.. Ada apa sampai kebilik Aila?" tanya Aila.. Mich sudah kecut perut.. Takut dimarahi oleh big bossnya..
"Niatnya nak ajak Aila makan lunch tapi terlambat sudah.. hahahahaha.."jawab Loq sambil tergelak.. bukan tergelak apa.. tergelak tengok Mich yang kaku tiba-tiba.. Loq memberi isyarat kepada Aila untuk tenangkan Mich.. Aila menangkap isyart itu..
"Mich.. En.Aidil datang sini nk jumpa saya.. Awak tak perlu takut.. saya yang ajak awak makan dekat sini.. Jangan risau okeh.." Kata Aila sambil memengang tangan Mich..
"A ah la Mich.. Awak tak yah risau.. saya bukan nak marah awak ke apa.. Thnx yea sebab belikan lunch untuk Aila.. Saya da risau sebenarnya.. Aila ni lambat makan nanti saya kene.." kata Loq.. Mich tersenyum mendengar gurauan Loq..
"En.Aidil nak makan sekali? Saya ada beli lebih.."kata Mich..
"Tak pea la.. Saya akan ade meeting dengan klien jap lagi.. terima kasih sebab offer.. La, balik nanti tunggu saya yea.. saya hantar awak balik.. nnty saya informkan pada Kaira.." kata Loq..
"Saya balik lambat sikit.. Nak siapkan laporan untuk meeting esk.." kata Aila.. Loq mengangguk faham dan meminta diri untuk tugasan lain..
"Cik Aila rapat dengan En Aidil.. couple?" tanya Mich selepas Loq keluar.
"Mich rapat dengan En Aidil?" tanya Aila..
"Rapat tu tak lah tapi Mich selalu dengar cerita dari bilik BigBoss" jawab Mich
"Cerita Apa tu?" tanya Aila..
"Cerita berkenaan dengan keluarga En Aidil.. Mama En Aidil da meninggal lama dulu lepas itu Dato Anuar kahwin lain tapi tak disetujui oleh En Aidil.. jadinya En Aidil ambil keputusan untuk keluar dari rumah banglo Dato Anuar.. Selepas itu, En Aidil membuka cafenya yang pertama dan membangunkan bangunan Tiara ini.. Atas usaha dan bantukan staff yang terbaik, Tiara Cafe House sudahpun mempunyai 20 cawangan.." kata Mich.. 
"Saya kesian dengan En Aidil.. " sambung Mich lagi
"kenapa pula awak kesian dengan En Aidil?" tanya Aila
"Yea la.. Cik Aila nak tahu.. En Aidil tu dibesarkan tanpa kasih sayang seorang ayah.. Pada usianya 3 bulan, En Aidil sudah dihantar ke keluarga susuan.. lepas 13 tahun, En Aidil diminta tinggal bersama Dato Anuar dan Arwah mamanya.. Tapi sayang waktu itu Dato Anuar terkenal dengan sikap gila perempuan.. Jadi tak der la Dato nak rapat dengan En Aidil.. Hidup En Aidil dengan Arwah Mamanya dan keluarga susuannya.. Sebab itu, Apabila Dato halau En Aidil keluar daripada banglo Dato, En Aidil keluar dengan biasanya.." jawab Mich..
"Oh.. yea ke.. Lunch hour da habis.. jom sambung kerja.."kata Aila.. Mich Mengangguk. Selepas Mich keluar meneruskan kerjanya, Aila memikir sejenak tentang apa yang Mich ceritakan padanya..
"Nnty aku nak bawak Loq balik kampung la.." kata Aila dalam hati. Tangan dan matanya lincah membuat laporan tentang cafe akan datang.. Segala proses perlu Aila bentangkan pada meeting akan datang.. Sedang asyik Aila menyiapkan laporannya, telefonnya berbunyi...
"Assalamualaikum..Cik Aila, tahu sayangkan Tiara Global tapi tak nak balik ke? Dah pukul 8 malam ni.." kata Loq daripada corong telefon.. Mata Aila memandang jam didindingnya dan tingkap dibelahnya.. Aila hanya mampu mengeleng kepala..
"Waalaikumsalam.. Boleh awak tunggu lagi 30 min.. saya siapkan laporan saya kejap.. sikit lagi ini.." tanya Aila..
"Okeh.. lagi 30 min saya call.."jawab Loq.. Tangan dan mata Aila sambung menyiapkan semua laporan.. Selepas 20 min, Siap laporannya.. Disimpan didalam pendrive peribadinya dan pendrive syarikat.. Ditulis sesuatu diatas memo dan diletakkan diatas meja Mich.. Telefonnya berbunyi..
"La da siap?" tanya Loq selepas Aila menjawab salamnya
"Aila tengah tunggu lif.. Loq at mana?" tanya Aila
"Loq dekat lobi.." jawab Loq
Sampai lobi, Aila nampak Loq berpakaian biasa..Aila pelik.. Bila Loq balik tukar baju.. 
"Awak da balik rumah ke tadi?" tanya Aila selepas menyapa Loq
"Tak la.. Saya siapkan design untuk Cafe akan datang nie.. kenapa awak tanya.." tanya Loq.. Pelik dengan pertanyaan Aila
"Tak la.. Awak pakai casual sangat macam awak dah balik rumah.. jom pergi makan nak? Saya lapar la.."kata Aila sambil ketawa.. Loq mengangguk.. Mereka berjalan ke arah kereta.. 
"Hadiah untuk awak.." kata Loq sambil menghulurkan kotak yang dibalut sampul.. 
"Hadiah untuk apa?" tanya Aila.. 
"Hadiah untuk awak hari pertama kerja.. saya nak bagi waktu lunch tadi.. tapi plan tak jadi plak.." jawab Loq sambil tergelak meningatkan kejadian tengah hari tadi. Aila membuka hadiah tersebut.. Sebuah Laptop Huawei Matebook X Pro warna biru.. Terkejut Aila.. Dipandang Laptop dan Loq berulang kali..
"Ya Allah.. Mahal Laptop nie Loq.."kata Aila selepas berdiam seketika..
"Saya ikhlas bagi awak hadiah tu.. Ambil je ok.. Awak boleh buat kerja awak dalam tu.. "kata Loq. Loq tahu Aila takkan terima hadiah mahal-mahal tapi dia nak juga bagi laptop tu sebab Aila perlukan untuk kerja-kerja akan datang...
"Terima Kasih.." Jawab Aila.. Kereta bergerak ke kedai makan..
______________
Mich sampai ke pejabat dalam pukul 7.30 pagi.. Sewaktu Mich duduk, dia ternampak nota memo yang ditinggalkan oleh Aila.
"Mich.. Saya da siapkan laporan.. boleh tolong saya print dan buatkan 10 copy.. Saya nak ada atas meja saya bila saya sampai pagi esk.." _ Khaila
Mich mengambil pendrive yang Aila bagi dan siapkan kerja yang diberikan oleh Aila secepat mungkin..
Meeting pukul 10 pagi.. Aila sampai office pukul 7.55 pagi.. Sewaktu Aila sampai Mich tak ada ditempatnya dan biliknya tak diusik.. Aila pelik tapi dia diam sahaja.. Aila buka Aircond dan lampu biliknya.. Aila onkan komputernya.. Aila keluar untuk berjumpa Mich tetapi Mich masih tiada dikerusinya.. Aila pelik kenapa Mich tak masuk pejabat lagi sedangkan jam menunjukkan pukul 8.30 pagi.. Aila kembali ke biliknya untuk menyiapkan apa-apa kerja yang tertangguh..
Mich yang baru siap menyediakan 10 salinan laporan meeting berlari ke pejabat pengurusan.. Apabila Mich sampai ke tempatnya, dilihat bilik Aila sudah menyala.. Dengan perlahan Mich mengetuk pintu bilik Aila..
"Assalamualaikum Cik Aila.." sapa Mich. Aila yang sedang asyik menhadap komputer berhenti seketika..
"Waalaikumsalam.. Awak kemana Mich?" tanya Aila..
"Saya siapkan tugasan yang Cik Aila minta saya siapkan.. Maafkan Cik Aila.. Saya betul-betul tak perasan Cik Aila letakkan memo tu.. saya baru nampak pagi ini.. saya cuba siapkan sebelum Cik Aila sampai tapi mesin photostat pulak buat hal.. Saya minta maaf Cik Aila.." jelas Mich panjang lebar..
"Awak print dekat mana?" tanya Aila..
"Dekat ruang photocopy tapi saya terpaksa guna photocopy department lain kerana kehabisan dakwat." jawab Mich
"Allahu.. Mich, kesian awak... saya lupa nak whatsapp awak semalam.. saya tinggalkan memo tu malam semalam.. selepas saya balik dari pejabat.. Bukan salah awak pon.." kata Aila.. kesian pulak tengok keadaan Mich
"Ye ke Cik Aila.. Saya ingat saya balik tanpa siapkan kerja.." kata Mich sambil tangannya meletakkan 10 salinan laporan atas meja Aila.
"Jom teman saya sarapan sekejap..Sekarang baru pukul 8.40 pagi.. sempat kalau kita sarapan dekat cafe bawah.." ajak Aila.. Aila tak sempat sarapan dengan Kaira harini sebab Kaira kerja awal.. Lepas subuh sudah keluar.. Mich mengangguk.. Mereka turun ke lobi dan menuju ke cafe..

Bersambung...


No comments: