Monday, 21 January 2019

PERMULAAN KISAH KITA_BAB 11

"Kau stress? Kau sakit? Kau mental? Kau nak tipu siapa Fiq.. Aku or parent kau? kalau kau rasa dengan mempergunakan Kaira untuk pujuk aku.. kau silap besar.. Kau ingat aku ni,  Aila yang kau kenal dulu.." kata Aila.. Kaira dan parent Fiq pelik dengan kata-kata Aila..
"La nak Fiq buat apa lagi untuk dapatkan La semula.. Fiq rindu La.. Fiq minta tolong Kaira.. Merayu.. melutut.. tapi Kaira sikit tak nak tolong.. Fiq mati idea... Fiq tak nak kehilangan La.. " kata Fiq.. Rupa-rupanya depression hanyalah alasan yang dibuat oleh Fiq untuk berjumpa dengan Aila.. Fiq berbohong kepada orang tua.. sedangkan orang tuanya mempercayainya..
"Fiq nak La terima Fiq dengan cara menipu macam ni.. Same way cara Fiq menipu La dulu.. Stop play like child..Tak kesian ke dengan orang tua Fiq.. Ibu Fiq menangis tau minta La pertimbangkan Fiq semula.. Tak kesian ke? Fiq nak La terima Fiq? Untuk apa? Untuk La jadikan Fiq ayah kepada anak-anak La.. Nak tunjuk apa.. Dulu waktu ayah korang nak kahwin dengan ibu, ayah menipu.. Ayah kamu tu kaki tipu.. macam tu ke? Fiq nak La buat macam tu ke?? Fiq sedar tak La ni hampir mati sebab Fiq.. Sebulan La kene tahan dekat IJN... Sebab apa? Sebab Fiq.. La da bagitau siang-siang, jangan pernah untuk uat La mengungkit semula semua ni..La da maafkan Fiq tau.. da terima semua ni takdir.. Fiq bukan jodoh La.. Stop.. itu je.. Tapi Fiq buat macam ni.. Fiq ingat dengan main-main tentang sakit ni kelakar la..So stop.. Stop doing something useless!" kata Aila panjang lebar..
"Fiq!! Akai boh mana? Lutut or ko tertinggal dalam longkang? Awat hang ni bangang sangat.. hang tau dok  makngah datang jumpa mak aku, merayu pada mak aku minta aku bantu hang.. mak ngah bingung nak tolong macam mana.. hang makan tak nak.. tidur tak nak.. just sebab benda ni.. Sebab kau rasa kau cinta at La.. Weii! dengar sini.. dengar baik-baik.. hang yang buang kawan aku macam sampah sekarang hang nk kutip semula.. 4 tahun hang tipu kawan aku hidup-hidup, now hang nak dia semula.. hangfikir hang sapa? hang anak raja kaa? hang da buat dia masuk IJN.. hang nk sakitkan hati dia sekarang?? What.. hang nak move on macam tak ada apa-apa ke? sampai hati hang uat aku lagu ni!! Makngah.. Pakngah.. Ini kenapa Kaira da tak nak masuk campur hal Fiq!! Sebab Kaira da tak kenal dia langsung sekarang!!" kata Kaira.. Aila ambil handphonenya dan mula menaip mesej kepada sesorang.. padanya hanya seorang ini sahaja yang mampu bantu dia ketika ini.. Parent Fiq da tak mampu uat apa-apa.. kekesalan terpancar diwajah mereka..
"Aku tahu.. Aku salah.. tapi aku tak ada pilihan.. aku tak nak kehilangan La.. Kaira, kau tahu macam mana aku sayang La.. cintakan La.. Aku tak mampu nk kehilangan dia" kata Fiq.. Aila mendengar bunyi kereta.. Mesej diterima dan dibalas semula.. Aila melihat kelibat susuk lelaki dipintu..
"Fiq.. Fiq lupa siapa Fiq? Siapa orang tua Fiq.. Fiq sanggup kehilangan mereka..? La sanggup undur diri sebab Fiq sayangkan keluarga Fiq.. La tahu keluarga Fiq tak boleh terima La..La rela.. La redha walaupun jauh dari sudut hati La, La kecewa, marah, sakit hati..Tapi La ingat lagi waktu Fiq bagitahu La pasal keluarga Fiq.. How much you love them.. How much you respect them.. and i know i will lost when is between me dan your family.. La orang luar.. La bukan siapa.. Cinta itu boleh ditukar tempatnya.. Macam La bagitahu sebelum ini.. cinta La da lama padam untuk Fiq.. Sejak Fiq memilih untuk berputus asa dengan hubungan kita.. Lepas Fiq pilih dia sebagai pilihan Fiq.. La da buat keputusan yang jodoh La bukan dengan Fiq. Jadi La harap sangat yang Fiq juga boleh berubah macam mana La berubah.." kata Aila panjang lebar.. Suaranya sudah tak marah lagi.. 
"La tipu.. La masih cintakan Fiq.. Buktinya La masih care pasal Fiq.. La datang sini sebab La risau pasal Fiqkan.." kata Fiq
"Nope.. La tak tahu pon yang La akan kesini.. Kaira yang drive kereta.. kalau La tahu, La tak akan datang sini, La tak tahu pon pasal Fiq.. Last La tahu bila Fiq datang hospital.. La tak tahu pasal Fiq bukan sebab Kaira tak bagitahu apa-apa tapi sebab La sendiri da tak kisah langsung pasal Fiq.. Macam yang Fiq sedia maklum yang parent La da tak boleh terima kewujud Fiq dalam hidup La.. Jadi La merayu, please.. Move on!!" kata Aila.. Fiq cuba memengang tangan Aila tapi ditolak oleh Aila sendiri.. Aila melarang Kaira membuat apa-apa..
"For your infomation, La akan bertunang tak lama lagi.. jadi tolong jangan kacau La lagi.." sambung Aila.. Kaira tersenyum..
"Assalamualaikum.." kata Loq.. Loq masuk selepas menerima isyarat daripada Aila..
"Waalaikumsalam.. Sayang da sampai.." kata Aila dengan senyuman..
"Sayang.." kata Fiq, Kaira dan parent Fiq serentak..
"Kenalkan bakal tunang La, Loqman" kata Aila.. Loq cuba bersalaman dengan Fiq tapi ditepis oleh Fiq
"Stop La.. Stop.. Jangan teruskan permainan ni.. i just want you be with me.." Kata Fiq..
"Ops.. Sorry.. La is mine.. kenapa nak rampas hak orang ni.." kata Loq..
"RAMPAS! Siapa rampas siapa.. Kau yang rampas La dari aku.. Kau memang nak kene.. " belum penumbuk kene pada Loq.. Loq da siap bagi tendangan pada Fiq. Ayah Fiq nak bantu Fiq tapi dihalang Kaira..
"Ini sahaja cara nak sedarkan Fiq, pak Ngah.." kata Kaira dengan pelahan.. Ayah Fiq mengangguk memahami situasi tersebut..
Fiq dan Loq bertumbuk sesama sendiri.. Selang beberapa minit Fiq jatuh... Entah kenapa Fiq menangis sekuatnya..Selepas beberapa minit Fiq berhenti dan duduk disofa sambil mengosok kepalanya..
"La.. La tahu tak perkara yang paling Fiq kesalkan dalam hidup Fiq ialah memulakan penipuan ini.. Selama 4 tahun, Fiq mencari masa dan keadaan sesuai untuk berterus terang.. makin lama Fiq pendam, makin tebal rasa sayang Fiq pada La.. Sampai satu tahap Fiq takut.. Takut La keluar daripada hidup Fiq.. Fiq nak kenalkan La pada keluarga Fiq tapi Fiq tahu parent Fiq takkan terima La.. Fiq tersepit antara keluarga dan cinta.. Selepas semuanya terbongkar, Fiq buntu sangat.. Fiq tak nak kehilangan La.. Fiq nak pertahankan hubungan ini sampai bila-bila.. tapi sebelah lagi Fiq tersepit dengan desakkan ibu untuk percepatkan pernikahan Fiq.. Fiq takut membuat sesuatu yang boleh mencalarkan maruah keluarga.. Sakit La apabila kita tersepit dengan dua perkara yang kita sayang.. Apabila Fiq tahu La koma, hati Fiq memberontak untuk pergi Hospital.. untuk jaga  La.. Sebab itu Fiq datang hospital masa itu.. Mak dan ayah kecewa sangat-sangat apabila dapat tahu perkara sebenar.. Ayah siap bagi amaran untuk Fiq jauh dengan hidup La.. Tapi La, sepanjang La koma, Fiq tak putus-putus berdoa supaya La bangun.. Setiap hari Fiq berdoa supaya diberi kesempatan untuk Fiq memperbaiki semua ini.. Bila Kaira bagitahu La dah sedar, hanya tuhan je tahu macam mana leganya hati Fiq.. Fiq ada pergi hospital tapi setiap kali Fiq sampai, ayah pasti ada depan pintu.. Setiap hari Fiq datang, perhatikan La dari jauh.. sampailah Fiq nampak La dengan lelaki ni.. Fiq ada setiap kali La jumpa dengan dia.. Ada sesuatu yang hilang datang semula.. Sesungguhnya Fiq rindukannya teramat sangat.. Senyuman.. ketawa.. gurau senda.. pada ketika itu, Fiq sedar yang Fiq rampas semua tu dari La.. tapi ego Fiq membutakan segala.. Fiq taknak kalah dengan dia.. Fiq lebih lama kenal La.. Fiq akan uat apa cara untuk dapatkan La.. sampaikan keluarga Fiq pon sanggup Fiq gunakan.. Terukkan Fiq nie.. Tapi semuanya sebab rasa sayang.. cinta.. Akhirnya Fiq kalah... Fiq kehilangan La lagi.. dan lagi... Dan lagi... Fiq tahu ego Fiq membuatkan Fiq jadi pentingkan diri sendiri sampai Fiq tak sedar siapa yang sayangkan Fiq.. Maafkan Fiq, La.." luah Fiq panjang lebar.. Dikeluarkan semua yang terbuku didada.. dilepaskan semua beban dihatinya.. Fiq sedar dia dah kalah.. Kalah dengan permainan dia sendiri.. Ibu fiq datang memeluknya.. Sekali lagi Fiq menangis didakapan ibunya.. 
"Maafkan ibu.. Ibu sepatutnya lebih memahami anak ibu.. Ibu terlalu memikirkan masa depan Fiq sampai ibu lupa fikir pasal hati dan perasaan Fiq.. Maafkan Ibu sayang.." luah Ibu Fiq
"Fiq cuma perlu move on.. La tahu bukan senang tapi La yakin Fiq mampu.. Terima kasih untuk setiap kenangan.. Ianya akan menjadi kenangan dalam hidup La.. La doakan Fiq jumpa someone yang boleh jadi yang terbaik untuk Fiq.. Percaya lah, la da maafkan Fiq.. Kita buat haluan kita masing-masing.." kata Aila selepas Fiq sudah lega sedikit.
"Fiq.. Aku always ada untuk hang.. hang keluarga aku.. Hang boleh story at aku.. tak dok masalah pon.. aku harap hang jadikan pengajaran dalam hidup hang.. Cinta boleh tapi jangan sampai melepasi batasnya.." Kata Kaira.. Aila senyum bangga apabila Kaira mampu memaafkan Fiq..
"Aku akan jaga La sebaik mungkin.. Aku akan pastikan dia bahagia dengan aku.. Aku harap kau cari kebahagian kau juga.. Sayang, jom Loq anta balik.."kata Loq.. Penutup cerita ni.. Aila harap tiada sambungan itu cerita ini.. Aila benar-benar berharap untuk Fiq berubah. 
"La.. Kaira akan bawak kereta balik.. Korang balik dulu.. Maaf yea Loq.."Kata Kaira. Aila bersalaman dengan ibu Fiq..  Aila dan Loq memulakan perjalanan balik ke PJ.. 

Bersambung...

No comments: