Thursday, 27 December 2018

PERMULAAN KISAH KITA_BAB 5



Keadaan IJN agak sibuk. ramai pelawat yang datang menziarah dan menjaga pesakit disini. Doktor juga sibuk menguruskan pesakit yang ada. disebuah lorong dalam kawasan bilik pembedahan, dr maisara sedang membuang gaun pembedahannya. membedahan jantung yang dijalankan olehnya selama 3 jam berjalan lancar. wajahnya sedikit keletihan. Dr.maisara berjalan keluar daripada ruang pembedahan dan dia tersenyum melihat aila sedang duduk diruangan menunggu..

"Aila tunggu siapa?" tanya doktor maisara
"Tunggu kak sara la.."Jawab Aila sambil tersengeh. Baru aila ingin menyambung perbualannya.. tiba-tiba ade suara yang memanggil dr.maisara. Aila memandang pemilik suara itu. "semacam pernah nampak.. tapi dekat mana eh"fikir Aila.. ditenung wajah lelaki sampai lelaki itu bersuara..

"Ada sesuatu diwajah saya ke yang awak tenung macam nk berlubang muka saya ni?" Tanya lelaki itu dengan nada bergurau. Perbualannya dengan dr mairasa terngendala apabila dia merasakan ada sesuatu yang memandangnya tanpa kelip.
"eh.. tak ade ape-ape.. tapi macam pernah jumpa la.. kat mana eh?" tanya aila kembali kepada lelaki itu.. lelaki itu tenung aila semula dan cuba untuk berfikir apa yang aila cuba sampaikan..
"Aa.. awak ni bukannya tuan punya motor ke? Skuter ungu?" kata lelaki itu
"Ya Allah.. Moto aku.. macam kau boleh aila oitt.. motor kesayangan tu.. aduh mak aii.."kata Aila sambil tutup mukanya dengan tapak tangan. tersenyum lelaki itu melihat teletah aila..
"Saya Lokman.. panggil je Loq.. awak?" Tanya loq
"Saya Khaila.. Panggil je Aila.." jawab aila.. aila tersenyum melihat loq.. Dr. maisara melihat sesuatu yang hilang seminggu dua ini.. senyuman aila.. senyuman yang dulu murah diberikan pada orang sekeliling tetapi hilang selepas aila bangun dari koma.

"Eheemm.. Saya tahu bunga cinta bakal berputik tapi janganlah buat saya halimunan dekat sini.. anything else loq?" kata dr maisara selepas 20 min loq dan aila main mata..
"oh.. sorry kak maisara.. da tak ade apa-apa.."kata loq. muka dan telinganya merah kerana malu ditegur bergitu dengan dr. maisara.
"Okei kalau macam tu.,. Aila sayang.. jom balik blik.."ajak dr maisara.Aila mengangguk tanya setuju dengan ajakkan dr.maisara.. Aila memandang loq dengan senyuman manisnya dan berlalu pergi dengan dr.maisara.

"Khaila..Akhirnya aku jumpa juga dengan dia ni.. she will be mine.." kata Loq dalam hati. Loq berlalu pergi ke parking lots.

_________________________________________

"Alamak.. Aila lupa tanya dia pasal moto aila.. da siap ke tidak ek...?" Tanya aila sesampai sahaja ke biliknya. Dr maisara hanya mampu mengeleng kepala sahaja..
"Nnty call je la dia.. apa yang susahnya.."Jawab Dr.Maisara
"Aila mana ade no fon dia.."Jawab Aila dengan nada sedikit kecewa tapi dia tetap memandang Dr. Maisara dengan mata yang berkaca dan bersinar-sinar..
"Tengok tu.. kemain mata dia bersinar-sinar.. kalau bab membodek no 1"kata Dr.Maisara.. tiba-tiba pintu dibuka.. Kaira datang membawa laptop dan handphone baru Aila..
"Amboi.. ape yang si Aila menbodek kak Sara ni?" tanya Kaira sebaik sahaja meletakkan begnya diatas sofa dan duduk disebelah Aila.
"Ade orang dilamun cinta.. berbunga-bunga.. hahhaahahha"jawab Dr.Maisara sambil gelak besar.
"Mak aii.. Baru balik rumah semalam.. ade gossip baruu.. Doktor mana tu kak?"Tanya Kaira.. Aila sudah merah mukanya kerana dibahan oleh dr.maisara dan Kaira.
"Amboi.. sedap bahan aku ehh.. Aku nie pesakit tahu.. tak baik tau bahan pesakit"Kata aku sambil membuat muncung seinci tapi mereka masih membawang mengenai aku..
"Bukan doktor.. adik kak Maisara..handsome orangnya.."Jawab Dr.Maisara
"adik?? yang mana ni?" tanya Kaila kepada Aila
"Korang nie.. Mamat yang langgar aku aritu la.. ko perasan tak?" Tanya aila pada kaira.. Kaira membuat muka sedang memikirkan sesuatu.. tapi kaira mengelengkan kepalanya..
"Loq pernah langgar aila ke? Bila?"Tanya Dr.Maisara dengan nada risau
"sehari sebelum Aila koma.. masa gaduh dengan si Fiq tu la.." Jawab Kaira "Tapikan aku tak ingat la plak pasal orang yang langgar kau tu, Aila" Sambung Kaira lagi.
"Kak Maisara jangan risau.. Doktor da check sepenuhnya masa tu.. tak da kecederaan serius.."kata Aila. Aila memahami raut wajah Dr.Maisara. Wajah Dr.Maisara jkembali ceria walaupun ade kerisauan dalam hatinya. Ring..ring..ring.. Telefon Dr.Maisara berbunyi..
"Ade kes.. jumpe nanty.."Kata Dr.Maisara sambil berlalu pergi.

"Apa hal tadi tu.. Kak Maisara kata korang bertentang mata.. jatuh ke hati tak?"Tanya kaira selepas Dr.Maisara keluar daripada biliknya.
"Takda apa.. kak Maisara gurau je.. Beb.. aku nk lelap jap.. ko pi la lunch dulu.."jawab Aila. Kaira membantu Aila menbetulkan katilnya.. Kesian dengan Kaira sebenarnya tapi da dilarang tetap datang.. Aila bersyukur mempunyai kawan yang terbaik macam Kaira.

Aila masih tak boleh lelap.. nak berborak tak ade member.. Kaira da disuruh makan dekat cafe. Aila membuka laptonya dan wallpaper destopnya ialah gambar dia dengan fiq.. tiba-tiba semua yang bermain di matanya.. setiap kenangan diingati.. air mata menitis.. rindu tapi hak orang.. Aila tahu dia kene move on tapi sebagai seorang perempuan, 4 tahun bukan sekejap. Aila membuka Joox melalui Oppo R17. Apabila Aila menekan butang main, lagu daripada kpop 2NE1,  Don't Cry, bergema dipelusuk bilik.. setiap baris liriknya mengambarkan perasaannya sekarang..

"Love seems to change so easily,
In place of our own greed, a painful scar is left,
Gotta let you go
And please don’t cry
I guess I was not really the person for you
I couldn’t hold back my stupid heart
Which pained you
And please don’t cry
Here is the end for the both of us,
And until the world would allow our love then,"

Aila mendengar lagu ini sehingga dia terlelap.. Bantalnya basah dek kerana air matanya.. Aila nampak kuat diluar tetapi dia seorang yang lembut orangnya. Banyak yang orang tak tahu tentang Aila.. Apabila Aila tahu tentang penyakitnya 4 tahun lalu, hanya tuhan sahaja yang tahu bagaimana jatuhnya Aila dulu.  menyalahkan dirinya sendiri sampailah Fiq muncul dalam hidupnya. Fiq pegang Aila dengan penuh kesabaran dan jaga Aila dengan penuh tanggungjawab. Sentiasa ada untuk Aila.. Jatuh bangun Aila selama 4 tahun ini terjadi depan mata Fiq tapi entah mana silapnya, ingatkan panas sampai kepetang rupanya hujan ditengahhari. Semua yang dijanjikan hanya tinggal janji.. Impian hanya tinggal mimpi yang tak mungkin jadi realiti. Benih cinta yang ditanam, mati ditengah jalan. Benarlah kata orang, Jodoh itu rahsia Allah. Kita hanya mampu merancang,Allah yang menjadikan setiap sesuatu..

Bersambung...

No comments: