Monday, 21 January 2019

PERMULAAN KISAH KITA _ BAB 10




"Maaf tentang perkara tadi.. saya lupa bagitahu awak sebelum awak balik semalam.."kata Aila kepada Mich selepas duduk di meja cafe.
"Eh.. xpe Cik Khaila.. Salah saya sebab tak mesej Cik Khaila dulu.. asalkan kerja saya siap.. hehehe.." kata Mich. Mereka bersarapan bersama untuk pertama kalinya di cafe syarikat. Aila nerves untuk meeting pertamanya.. sepanjang makan sarapan, Aila dan Mich berbincang tentang meeting pertama mereka..
Meeting akan bermula dalam 10 minit lagi.. Mich sedang sibuk menagihkan semua laporan dan Aila sedang persiapkan untuk pembentangan laporannya. Semua pengurus cafe masuk bersama pembantu masing-masing kedalam bilik meeting dan Loq masuk kedalam selepas 5 minit. Meeting berlangsung selama sejam setengah.. Banyak yang dibincangkan didalam meeting tersebut termasuklah reka hias dan makanan yang akan dihidangkan.. semua persoalan dijawab oleh Aila dengan tenang.. Semuanya telah termasuk didalam laporannya.. Selepas tamat meeting tersebut, Aila dan Mich menarik nafas panjang.. lega kerana meeting pertamanya berjalan lancar.. Semua pengurus setuju dengan cadangannya..
Aila dan Mich mengambil keputusan untuk makan lunch di Sunway Pyramid sahaja kerana mereka harus melihat tapak cafe yang sedang direnoved..
"Cik Khaila.. Sebelum kita keluar, staff team nk jumpa Cik untuk lapor diri." Kata Mich.. Aila terkejut. Aila baru teringat yang dia masih belum berjumpa dengan staff yang akan jadi team dia nanti.. 
"Saya nak jumpa dekat Sunway nanti.. Saya nak mereka datang tengok tapak cafe sekali.. saya nak mereka membuat nota dan cadangan.. Esok saya akan buat meeting dengan mereka.. saya pergi ambil kereta dulu.. awak cakap dengan mereka.. saya tunggu at bawah.. " arah Aila.. Aila nak belanja mereka makan tengah hari..  Aila berlalu sambil tangannya sibuk menaip mesej pada telefonnya. Mich terkejut dengan arahan Aila segera berjumpa dengan semua rakan kerjanya untuk memberitahu tentang arahan Aila.. Semua team member mengangguk tanda memahami arahan itu.. Mich segera keluar kerana takut bossnya menunggu lama..
"Assalamualaikum.. Loq, saya guna kad kredit harini.. saya nak belanja team saya lunch.." Aila mesej Loq kerana Loq ada bagi kad kredit kepadanya.. Katanya guna sebaik mungkin..
"waalaikumsalam.. Okeh.. Happy Lunch" balas Loq. Aila tersengeh melihat balasan daripada Loq..  Aila memandang ke arah pintu utama bangunan dan kelihatan Mich agak tergesa-gesa menuju ke arahnya..
"Assalamualaikum Cik Khaila.. maaf lambat.. Lif ramai orang tadi.." kata Mich dengan tercugap-cugap..
"Waalaikumsalam.. Sabar.. Sabar... Ambil nafas dulu.. Saya tak kemana pon.. kenapa rushing sangat?" tanya Aila.
"Cik Khaila ketua, saya staff biasa.. takkan Cik Khaila nk kene tunggu saya.. tak betul tu.." jawab Mich.
"Tak ada apa la Mich.. Lain kali tak rushing kalau tak ada yang penting.. Okeh?" tanya Aila..
"Baik Cik Khaila.."jawab Mich. Aila membawa kereta laju ke arah Sunway Pyramid.. 
"Pukul berapa awak bagitau diaowng untuk lunch sekali?" tanya Aila. Kepalanya memikirkan kemana destinasi nanti..
"Pukul 1.. Kenapa?" tanya Mich
"Ada idea nak makan mana?" tanya Aila.. 
"Kejap.. saya tanya diaowng.." jawab Mich. Aila hanya mengangguk.. Mich menekan skrin handphone untuk whatsapp team membernya.. setelah berbincang, mereka sebulat suara ingin makan di Restoren Nasi Ayam Penyet AP..  Mich memberitahu Aila. Aila hanya mengangguk.. Sedang Aila memandu, tiba-tiba telefonnya berbunyi.. Aila melihat skrin telefon dan hanya mampu mengeleng..
"Waalaikumsalam Fiq.. Ada apa?" tanya Aila setelah meletakkan earfon ke telinganya. Pelik apabila Syafiq menelefonnya..
"Fiq rindu La.. Jom Lunch sekali.."jawab Fiq
"La sibuk la.. La banyak kerja nak buat.. pergi la lunch dengan isteri Fiq tu.. kenapa ajak La?" tanya Aila. 
"Fiq tak jadi nikah..Fiq cintakan La.. Fiq rindu La.."jawab Fiq. Aila terkejut.. Dengan nada yang agak tinggi.. 
"Stop.. Stop dekat mana Fiq fikir sekarang ni.. La tak dak masa nk pikiq pasai Fiq tau dakk.. Fiq, Memang La pernah wujud dalam hidup Fiq tapi itu dulu.. Perasaaan tu dah mati lepas Fiq tinggalkan La.. Fiq hina La tau dak.. Fiq lupa apa Fiq dah buat pada La.. Jangan biarkan La ungkit semula.. La da maafkan Fiq.. That it.. No more.. Hati La bukan sampah, bila Fiq nak Fiq ambik, bila Fiq tak nak, Fiq buang.." kata Aila dengan perasaan marah.. Mich yang ada disebelah pun terkejut.. 
"La.. jangan macam ni.. Fiq tahu La masih sayangkan Fiq.. Kita kahwin?" tanya Fiq.. Soalan itu membuat Aila bertambah bengang.
"Soalan bodoh apa yang Fiq tanya ni.. Fiq sedar tak! Parent La da tak nak jumpa Fiq.. Ni Fiq nk cakap pasai kahwin.. Memang tak la dan tak mungkin sampai bila-bila pon!!" jawab Aila.. Mukanya bengang dengan kelakuan Fiq pada ketika itu.. langsung Aila matikan panggilan tu.. Tangannya sibuk menekan butang panggilan..
"beb!! ko nak tau tak Fiq call aqu cakap dia rindu and dia cakap nak kahwin dengan aku.. bodoh giler bila aku dengar semua ini dari mulut dia.." kata Aila selepas Kaira mengangkat panggilannya.. 
"What!! Gila apa si Fiq tu call ko ajak kahwin! Nak mampus dia ni.. ko balik pukul berapa? ambik aku dekat rumah nanti" kata Kaira.. 
"macam biasa tapi nak pergi mana plak.. aku letih la arini.. aku kene kerja luar arini.." kata Aila.. baru dia nk melepaskan geramnya tiba-tiba Kaira ajak dia keluar..
"Dahh! Tak da makna letih-letih.. Ko ikut aku.. Ko rakam tak panggilan tadi.." tanya Kaira
"Rakam.. kenapa?" tanya Aila semula.. memang setting dalam telefonya merakam semua panggilan masuk.
"bagus.. nnty aku nak dengar sendiri panggilan tu.. Beb kene gerakk.. nanti bincang lagi" jawab Kaira.. Kaira matikan panggilan.. Aila hanya tergelak dengan peragai Kaira..
"Cik Khaila okeh tak ni? Nak saya batalkan perjumpaan arini ke?" tanya Mich dengan hati-hati.. Takut dia plak yang kene marah..
"Ya Allah.. Alamak.. sorry Mich.. awak mesti terkejutkan.. "kata Aila... Aila baru sedar yang dia dengan Mich.. 
"Sikit.. tapi Cik Khaila okay tak ni?" jawab Mich dengan senyuman.. 
"Hahahaa.. Maaf yea Mich.. Saya okay jer.." kata Aila dengan senyuman walaupun hatinya masih panas dengan kelakuan Fiq tapi  tak perlu dia campurkan hal peribadi dengan hal kerja.
____
Petang itu Aila pulang kerumah, baru dia hendak meletakkan keretanya tiba-tiba Kaira menghalang.. 
"Kau dah kenapa beb.. Aku nak park ni.." tanya Aila selepas keluar daripada keretanya..
"Tak payah nak park sangat.. ada benda tak selesai lagi.." kata Kaira. Dia mengambil tempat memandu.. Matanya memberi isyarat untuk Aila masuk kereta.
"Nak pergi mana ni?" tanya Aila.. Pelik dengan kelakuan Kaira
"Pergi jumpa si gila meroyan tu la.. mana lagi" jawab Kaira.. Aila hanya mendiam diri. Otaknya memikir siapa si gila meroyan tu..
__
Mata Aila membulat besar apabila dia berada dihadapan rumah Fiq. Kaira matikan enjin dan keluar daripada kereta.. Hanya mata Aila mengiringi Kaira.. Kaira tiba-tiba membuka pintu dan mengajak Aila masuk..
"For what?" tanya Aila..
"Untuk ajar sepupu aku yang tak sedar dek untong tuu"jawab Kaira.. Kaira mengetuk pintu.. Orang tua Fiq berada dihadapannya.. Kaira bersalaman dengan orang tua Fiq.. Aila masih kaku.. 
"Apa da jadi ni.. Kenapa kau bawa aku datang sini..?" tanya Aila. Kaira memandang Makcik dan pakciknya.. Makciknya tiba-tiba menangis..
"Okeh.. first aku nk minta maaf sebab tak story benda ni kat kau.. sebabnya aku tak nak kau kene ward semula.. Aku da jangka dah yang Fiq akan call ko sehari dua ni.. tapi aku tak sangka yang dia betul-betul telefon kau.. Lepas kau bangun dari koma, mak cik aku ada call bagitahu yang majlis Fiq da batal.. Aku yea je kan sahaja sebab masa tu aku tengah sibuk jaga kau dekat IJN.. selang beberapa hari lepas tu, pak cik aku ada call nak jumpa.. aku pun jumpa la tapi parent aku pon ada sekali. Aku tak tau nak react apa tapi aku tahu ada benda besar jadi.." kata Kaira
"Benda apa? dan kaitannya dengan aku ialah?" tanya Aila
"Fiq tertekan sampai dia kene depression.. Setiap detik masa dia memandang gambar kau.. aku tak story benda ini at kau tapi keadaan Fiq da teruk sangat.. Aku boleh katakan yang dia da sampai tahap mental. Aku kena story benda sebab aku takut yang dia akan serang kau tiba-tiba.." jawab Kaira
"Salah kami sebab menghalang perhubungan kalian.. Mak cik harap yang Aila mampu terima Fiq semula.. Kami tak mampu kehilangan anak kami.."kata mak Fiq.
"Mak Ngah cakap apa ni.. Ini bukan yang mak ngah setujukan.. Kita setuju nak minta tolong Aila bercakap dengan Fiq... Bukan terima Fiq semula.. Perbuatan Fiq tu, bukan Aila boleh lupakan, Kaira langsung tak boleh nak maafkan.." kata Kaira.. ada nada marah apabila hak Aila diperlekahkan.. 
"Bercakap dengan Fiq untuk apa.." tanya Aila.. Kaira memandang Aila.. Dia tahu Aila tak sekuat mana tapi Kaira sendiri tersepit kerana ini permintaan orang tuanya..
"Aila.. Aku tahu apa yang ada dalam hati kau.. kalau kau tak nak.. tak pea.. biar aku jer yang cakap.." kata Kaira.. Sedang berbincang diruang tamu, tiba-tiba Fiq muncul dari atas..
"Sayang... Sayang datang jumpa bie yea.. sayang rindu bie.. Bie pon rindu sayang" kata Fiq dengan nada gembira.. Pang!!

Bersambung..

No comments: