Wednesday, 19 December 2018

PERMULAAN KISAH KITA_BAB 2



Loq :

Aku bergegas turun ke ruang makan apabila jam menujukkan kul 9 pagi.. roti dan jem diatas meja menjadi keutamaan aku.. 
"Ya Allah.. da lewat ni.. macam mana la boleh terbabas..."aku mengomel sendiri sambil menguyah roti jem.. semalaman aku dok siapkan kertas cadangan untuk menambahkan cafe ke cawangan lain. sampai tertidur diruang kerja. aku gegas mengambil kunci dan panaskan honda civil kesayangan aku.. arwah mama yang hadiahkan.. sedang aku drive tetiba telefon aku berbunyi..
"Assalamualaikum.. Ada apa shah?"Tanya aku. Shah adalah PA aku. dialah yang menguruskan semua jadual aku.. kalau tak ada dia.. payah jugak la..
"Waalaikumsalam en.Loq dimana sekarang? Meeting kita lagi 5 min..?" Soal shah dengan nada gesah gelisah..
"Saya masih dalam perjalanan...Ya Allah!!" Belum sempat aku menghabiskan ayat, ade motor skuter sedang menuju kearah aku.. aku salah masuk line.. dan motor tersebut cuba mengelak dari bertembung dengan honda aku terbabas ke pokok besar..
"En.Loq..En.Loq.. are you okey? What happen?"Soal shah.. 
"Shah, bagitahu semua.. meeting arini batal.. saya ada hal yang tak dapat dielakkan.."aku memberi arahan.. hati aku nerves apabila melihat seorang perempuan bertudung. 

Aku keluar daripada kereta dan ingin bertanya kepada perempuan itu.
"Awak okeh?" 
"Okei apanya.. tak nampak saya berdarah nie.. motor saya!!!" Jerit perempuan itu.
"Motor awak tu saya bawak pergi bengkel nanti.. saya nk awak naik kereta saya... saya bawa awak pergi klinik dulu.." kata aku sambil membantu perempuan itu berjalan ke kereta..
"Hello.. Alan, saya dengan simpang 3 kg medan.. ade kemalangan sikit.. tolong bawa moto skuter purple pergi bengkel dan check apa yang patut" aku telefon Alan memberi arahan.. 
" Saya da suruh orang hantar motor awak ke bengkel.. tak perlu awak risau sangat.." Sambung aku sambil memulakan perjalanan ke klinik.


Sedang aku menunggu perempuan itu menerima rawatan, ade seorang lelaki bergegas masuk ke bilik rawatan.. rasanya boyfried dia. aku hanya duduk sambil memerhatikan keadaan sekeliling.. tetiba aku rasa kaku apabila dapat tahu yang lelaki itu kantoi.. dah ade tunang tapi still beri harapan..Aku mendengar setiap butir-butir bicara mereka..

"Jujur fiq. apa ni? sejak bila?" tanya perempuan itu.
"Sayang.. tak der pea.. kitaorang kawan je..." jawab lelaki itu plak tapi aku melihat wajah penipu pada lelaki tersebut. 
"Maaf fiq.. Saya tak mampu teruskan permainan ni.. cukup cukup lah.. saya pown da penat sangat.. ini bukan sekali awak kantoi dengan saya.. banyak kali saya cakap pada hati saya.. awak sayangkan saya.. awak kekasih saya.. bakal suami saya.. saya sayang awak fiq.. tapi kenapa?"Bagitahu perempuan itu dengan airmata mengalir deras.. terluka itu yang aku paling nampak.. kecewa yang amat sangat.
"sayang.. jangan la macam nie.. awak tahu saya sayang awak..." Rayu lelaki tu.. sebagai lelaki pown aku meluat tengok drama macam ni.. adoi.. ikutkan hati nak jer aku tumbuk muka lelaki tu tapi fikir bukan urusan aku.. aku diam je la..
"Syafiq..Cukup la.. kenapa masih ade sayang kalau awak ade orang lain.. murah sangat ke cinta awak sampai awak boleh taburkan macam sampah.. jangan terlalu nampak bodoh syafiq.."kata perepuan itu dengan sayu.
"Saya tahu awak tak mampu hidup tanpa saya.. awak hanya ada saya.. jangan tipu diri awak sayang.. jangan uat keputusan terburu-buru" kata lelaki itu.. sumpah.. bila aku dengar kata-kata jantan tu.. memang menguji kesabaran sungguh..

Ade seseorang datang ke kauter,
"Nurse, boleh saya tahu dimana, cik Aila?" tanya perempuan berbaju kurung
"Jalan terus, pintu kedua cik" jawab nurse

Owh.. nama perempuan itu Aila.. sedap nama dia.. wajah dia mcm arwah mama..
tetiba kecoh perempuan yang baru datang menjerit pada jantan tak guna tu.. naseb la aila cepat bertindak.. kalau tidak.. kecoh klinik dengan kes kantoi. Aku nampak aila nak membayar jadi aku cepat-cepat memintas.. yea la.. aku yang salah..
"Saya bayar.." bagitahu aku " Maaf sangat-sangat.. saya tak perasaan ade moto dekat situ.. Maaf sekali lagi"
"tak pea. sorry jugak sebab tertengkin awk tadi.. saya masih terkejut.." jawab Aila dengan sopannya.. Kaira masih mencuka kerana bengang dengan syafiq..
"Doktor kata apa?"Tanya aku lagi,
"Nothing serius... luka sikit je.. Owh yeaa... Sorry pasal hal tadi.. tak pasal dapat tgk drama tv.."jawab Aila
"Alhamdulillah.. Ni kad saya... nnty kalau motor awak da siap.. saya call awak yea.. boleh saya minta no awak?" Tanya aku.. sebenarnya aku suka dengan riak wajahnya yang seiras arwah mama lagi plak aku memang memerlukan nombornya untk aku hubungi apabila motor dia siap nnty..
"Ini kad saya. Saya minta maaf sebab awak kena saksikan drama tv3 tadi..Hubungi saya segera.. Saya perlukan motor saya" kata Aira.. dan aku hanya memerhatikan aila dan kaira berlalu pergi apabila selesai mengucapkan selamat tinggal.. 

"awak syafiqkan.." tegur aku apabila aku ternampak lelaki tadi keluar dari klinik.
"i ya.. awak ni siapa?" tanya lelaki tersebut.
"saya bukan siapa-siapa tapi awak ingat yea... kalau awak kacau Aila.. saya tak teragak-agak melaporkan pada polis" Ugut aku.. lelaki macam ni aku yakin tak makan saman.
"awak siapa nk ugut saya macam nie.. Aila girlfriend awak ke? Takkan!! Dia bakal isteri aku!!" Tetiba si syafiq beremosi..
"kalau awak bakal husband dia.. awak takkan bertunang dengan orang lain.. awak ingat dia barang dagangan ker apa? dia bukan robot yang tak ada perasaan tau!! Last warning.. awak kacau Aila lagi..awak takkan tahu apa yang saya mampu buat.."jawab aku dengan nada yang tegas. mungkin pada syafiq biasa-biasa je.. dia tak kenal aku lagi.

Bersambung

No comments: