Monday, 17 December 2018

PENGENALAN : NUR KHAILA MAISARA





Assalamualaikum..






Aku NUR KAILA MAISARA ataupun kawan-kawan aku panggil aku AILA. Aku pelajar lepasan diploma fesyen dan pakaian daripada uitm shah alam. Dan sekarang aku mengganggur dan still mencari kerja yang sesuai untuk aku...aku pergi interview merata tetapi masih belum ada rezeki.. Aku redha kalau ini cerita aku.. Aku orang johor tapi stay di petaling jaya untuk beberapa ketika. Aku suka fesyen tapi minat aku lebih kepada photography. Aku cuba masuk kedalam bidang ini tapi still tak ada rezeki.. 

Kisah aku sangat senang. Tapi dimata orang la... Pada mata aku, hidup aku sangat sulit.. Sangat celaru.. Aku kena puaskan hati semua orang. Netizen memandang aku seperti sampah hanya kerana aku masih mengganggur. Aku marah.. Aku kecewa tapi apa yang aku boleh lakukan. Bukan aku tak berusaha.. Bukan aku tak cuba cuma belum ada rezeki aku. 

Family aku, yes the best family ever.. family aku biasa-biasa jer.. aku ade 4 orang adik beradik. aku anak kedua. ayah aku kerja biasa-biasa je. ma aku plak kerja dalam sektor kerajaan. Alhamdulillah.. akak aku baru je mendirikan rumahtangga. aku bru dapat abang ipar la.. adik-adik yang lain sekolah lagi.. sekarang aku cuma bantu parent aku uruskan rumah.. 

Kalau tanya kisah percintaan aku, aku boleh katakan sulit gila.. entah ade je yang tak kene.. itu la.. ini la.. mungkin tak da jodoh lagik.. senyum jer.. hope aku jumpe someone yang untuk aku..

No comments: